19 December 2019

Samsung Pay: NFC and MST terminal

Post ni sambungan daripada Samsung Pay: Special Maybank Users


Macam yang kita tau, payment card ni ada debit, credit dgn prepaid.
Saya mau cerita pasal debit card ja since itu ja yg sy tau pakai.

Macam yang kita tau juga, budak2 jaman now ada option utk PayWave payment other than PIN pay, normal debit payment.
Kalau sebelum ni payment card tu mesti kena cucuk/swipe pada payment terminal, lepastu bagi la PIN mcm biasa.

Lepastu kita semua diperkenalkan dgn Contactless Payment, pembayaran tanpa perlu sentuhan, yg mana kad kita menggunakan teknologi RFID, lebih kurang mcm infrared/bluetooth tapi ada specs tersendiri.
Tap ja kad pada payment terminal and you r good to go, money!

Tapi aware ka kita yang xsmua tempat bole guna PayWave?
Yes kita semua patut aware, ada certain tempat hanya bole guna traditional debit payment ja.

Why?

Sebab kedai tu xda NFC terminal. Dia ada payment terminal lama ja, yg xsupport NFC payment, which means uols kena swipe/cucuk kad pada payment terminal tu.
Dsinilah terserlah kelebihan teknologi MST payment.







Setakat yang saya tau, ada 2 ja jenis payment terminal. NFC dan MST.
NFC tu yang kita selalu pakai dengan PayWave.
And yes PayWave only works on NFC terminal.

Nama terminal yg 1 lagi bukan MST terminal sebenarnya. Dia xda nama, cuma ada nama/istilah umumlah magnetic stripe reader, tapi disebabkan kita mau sng differentiate dia dgn NFC jadi kita gunalah nama MST.
Plus, MST tu teknologi yg digunapakai oleh Samsung Pay pada terminal yang xda nama tu.
Jadi kita namakan la dia MST terminal.

MST stands for Magnetic Secure Transmission.
Sebab itulah Samsung Pay ni better than any card payment, even better than Apple Pay in terms of availability.
Sebenarnya MST terminal tu memang xda feature contactless payment, sebab dia dibuat untuk swipe/cucuk kad ja.
Tapi teknologi MST tu buat magik sampai boleh buat terminal tu rasa mcm kita tengah swipe kad pada dia. 

Siapa mau baca artikel pasal teknologi ni, macam mana dia berfungsi, boleh google.
Google ja NFC vs MST payment.

Plus, Samsung Pay ja boleh pakai MST ni. Sebab? MST tu skg kepunyaan Samsung, sebelum ni LoopPay punya. 

So, Apple Pay? Not even close. Apple Pay support NFC ja, and belum ada bank Malaysia yg support Apple Pay setakat hari ini.

Samsung Pay: Special Maybank Users

Post ni sambungan daripada Samsung Pay: Pros and Cons


Kenapa tajuk dia Special Maybank users ja, bank lain mcm mna?

Setakat hari ni, Maybank ja yg support semua debit/credit/prepaid card dalam Samsung Pay.
Saya yakin lepasni semua pun akan support, tapi untuk saat ni, Maybank ja yg special support semua.

Ini checklist untuk available payment cards yg bole register ke Samsung Pay.






Sebagai contoh, kalau uols loyal customer to CIMB, uols hanya bole guna credit and prepaid card payment ja utk register ke Samsung Pay. Xkan la uols mau berhutang kan dengan credit card. Untuk prepaid pula, hm payah la mau top up terus.

Lepas saya guna Maybank debit dalam Samsung Pay ni, ada beberapa persoalan timbul dalam diri..


Berapa limit payment Samsung Pay per purchase? 

Untuk setakat ni, payment limit is RM250 per purchase.
Maksudnya uols xbole bayar barang berharga RM300 in a single payment.

Limit tu memey Samsung yg set untuk Samsung Pay ni. Uols xbole ubah.


Berapa limit payment Samsung Pay per day? 

Payment limit untuk Samsung Pay dalam sehari depends dari uols. 
Kalau saya yg guna Maybank debit ni, my Maybank debit limitation is RMXXX.
Jadi saya bole guna RMXXX per day dgn Samsung Pay, not per purchase ya. Per purchase is limited to RM250.

So boleh ubah x payment limit per day tu? Boleh.
Ubahla your debit transaction limit d Maybank2U. Atau apa2 apps bank yang uols pakai.
Sebab mcm yg i cakap, Samsung Pay ni simply a normal debit payment (unless u are using credit/prepaid card).
Saya xpernah pakai credit/prepaid card jadi xtau limitation and everything.


Kalau disable PayWave, Samsung Pay still usable ka?

Kan uols suda beralih ke Samsung Pay yang lebih secure, boleh x disable PayWave?
Apa jadi kalau disable PayWave? Adakah Samsung Pay pun automatically disable?

The common thing is they are both contactless payment method.
Fortunately, PayWave dan Samsung Pay is not dependant one to another.

Kalau uols suda pakai Samsung Pay, uols boleh disable PayWave tu. Bolehlah elak dari ketakutan hilang akan payment card.

In ma case, cara saya disable Maybank PayWave ialah dengan call customer service 1300-88-6688.

Kalau mau tukar PayWave transaction limit pun kol ja customer service tu, atau p mana2 branch berdekatan. Tapi disable ja la. Xselamat gila pakai PayWave.


Baca lagi Samsung Pay: NFC and MST terminal

Samsung Pay: Pros and Cons

Post ni sambungan daripada Samsung Pay: Malaysian Edition


Ok jadi apa kelebihan guna Samsung Pay?



✅ Lebih selamat

Bayangkanlah, org curi kad bank kita, dan kebetulan kad tu ada PayWave. Saya xpayah cerita la kamu pun bole bayangkan the worst case.
PayWave xperlu kata laluan untuk transaksi. Senang2 ja pencuri tu tap dmana2 kedai.
Beruntunglah untuk yang suda off PayWave, sbb memang PayWave ni x secure sgt.

Sebab itulah kita perlu beralih ke Samsung Pay

Sebelum bayar, phone lock mesti kena buka (1st step verification).
Lepas buka phone, buka Samsung Pay, before bayar kena bagi fingerprint lagi, atau PIN depends mau pilih mana (2nd step verification).


Senang pakai

Lepas buka apps Samsung Pay, verify yourself dgn PIN atau fingerprint, then tap ja dekat payment terminal mcm tap PayWave.
Nda perlu pun internet connection yang kuat. Saya pernah guna ni dgn basic internet DiGi, internet yg free tu.
Ez? Yes ez!


Availability

Pernah ka bosku pegi kedai, time bayar tu dia cakap xbole pakai PayWave, pakai debit ja bole.
That means payment terminal dia xcukup selari dgn pembangunan negara kita.
Come on negara kita xlama lagi ada kereta terbang, xkan PayWave xsupport.

Yes. Ada certain kedai masi guna payment terminal old skool.
Kita kena aware payment terminal ni ada 2, NFC terminal dan MST terminal.
(tengok post Samsung Pay: Malaysian Edition sy klau belum tau apa tu payment terminal).

PayWave bole kena guna pada NFC terminal ja. Kalau MST terminal tu, kad kena swipe, maksudnya kena bagi PIN la.
PIN payment biasa, which is still OK tapi why bother kalau kita ada Samsung Pay yang works* on both NFC and MST terminal?

Saya akan cerita sikit pasal NFC and MST terminal dalam Samsung Pay: NFC and MST terminal.

*Ada certain Samsung smartphone yg works on NFC terminal ja, and not MST.

And yes bukan semua Samsung smartphone support Samsung Pay.
Rujuk ni utk tengok apa model phone yang support Samsung Pay:
https://www.samsung.com/my/samsung-pay/supported-devices/

The best thing is, kalau uols pakai Samsung flagship phone, yg konfem2 support payment via NFC and MST terminal, uols berkeyakinan utk guna Samsung Pay ni setiap kali uols nampak payment terminal.

Banyak kali sudah sy pegi kedai, tanpa bertanya cashier tu boleh pakai PayWave ka nda, as long as Debit payment is available, sy dengan yakin bagitau dia sy mau guna Samsung Pay. Banyak suda cashier ternganga tengok sy pakai tu, mind blown sampai ada yg tanya sy pasal teknologi ni.

Cashier pun patut aware la dgn teknologi skg. Sebab contactless payment pun almost everyone pakai. Kadang2 jumpa cashier cakap xbole pakai Samsung Pay dkedai tu, tapi bila sy tap, payment accepted. Lepastu dorang speechless. Hm

Jadi dalam cengkerang kacang, Samsung Pay is simply a Debit payment (itu kalau uols apply debit card la, ada ja option untuk guna Credit or Prepaid card).
Plus, uols boleh register up to 10 cards dalam Samsung Pay.

Ok suda berjela jela kelebihan Samsung Pay ni. Apa pula kekurangan?

Setakat ni sy xjumpa lagi kekurangan Samsung Pay. Dmana kau bole pakai debit/credit/prepaid payment, bolehla kau pakai Samsung Pay. 1 ja tempat kau xbole pakai, kalau payment receiver tu mcm dekat gas pump. Dia punya terminal kan pelik, main cucuk kad, yg mcm jenis dekat ATM machine tu. Itu xbole.
Tapi kalau payment teminal yg mcm dekat cashier kedai tu konfem boleh.
Kalau cashier tu ckp nda bole, kau kasitau dia "try dulu"... Lepastu konfem kau keluar kedai dengan bergaya.

Saya mau cerita lagi pasal amount limitation, maksudnya berapa limit nilai kau boleh bayar dengan Samsung Pay ni.




Samsung Pay: Malaysian Edition

Hello! Hai!

Disebabkan tulisan hari ini saya tujukan kepada Malaysian, jadi saya pakai bahasa kebanggaan kita ja.
Mungkin saya akan campoq2 sikit dgn english, supaya sng fhm, sbb kdg2 ada terms dan words yg kita lebih biasa dgr in english
e.g. Bamboo, double, baby, mileage etc

Jadi topikku ni kali, Samsung Pay di Malaysia..



Apa itu Samsung Pay?

Untuk yg belum tau atau kurang tau detail pasal ni, Samsung Pay ni sejenis aplikasi pembayaran "contactless payment".
Lebih kurang mcm PayWave. Tapi instead of using cards, kita guna Samsung device, mcm smartphone atau smartwatch.
Bayar pakai smartwatch? Yes, smartwatch pn bole..
Tap ja dekat payment terminal tu.
(payment terminal tu mesin kecik yang tempat kau orang scan/swipe bank cards)

Alaaa boleh ja pakai PayWave, senang lagi, main tap2 ja dekat terminal tu.
Why bother ma ass to use this Samsung Pay?

Ok nanti sy cerita kenapa Samsung Pay is way better than PayWave.

p/s Samsung Pay ada d Malaysia since 2017, setakat ni ada 26 negara ja boleh pakai. 



Bermula perjalanan saya sebagai seorang Samsung Pay user


Sudah sebulan saya guna Samsung Pay.
Mula-mula pakai tu rasa kurang yakin juga sebab xpernah lagi tengok org pakai Samsung Pay dimana-mana.
Takut malu ja kalau time mau bayar pakai Samsung Pay ni, kedai x accept pula.
Tapi lepas beberapa kali pakai, rasa best, teruja, bangga semua ada.

Setakat ni drpd 1-10, saya bagi rating 8 lah untuk overall and everyday use di Malaysia, especially di Kota Kinabalu sebab saya stay sini. Why?

Saya akan cerita detail pengalaman saya pakai Samsung Pay ni, start dari pros dulu la baru kita gerak p cons. 
Dan sy akan try compare dgn PayWave and PIN payment. 
Saya x akan compare dgn ApplePay, GooglePay etc sebab they are not comparable, i mean come on, Samsung is the best... jk, sebab saya xpernah guna those options jadi xda ilmu yg cukup utk compare.

Sy sambung dalam next post, Samsung Pay: Pros and Cons