03 February 2017

Latihan Industri

Sekarang ni saya tengah menjalani sesi latihan industri selama lebih kurang 5-6 bulan. Hari ni hari ke-3 intern.

Saya ni student tahun 3 Kejuruteraan Rangkaian di Universiti Malaysia Sabah. Kami LI masa semester keenam (tahun 3 sem 2). So 1 sem praktikal.

Sekarang tengah intern di company Borneosys Sdn Bhd. Banyak lagi option company di Sabah untuk praktikal dalam bidang sains komputer (kejuruteraan rangkaian) ni.

LI ni boleh buat di mana2 institusi kerajaan atau swasta. Selalunya institusi kerajaan xda elaun, tapi dengar2 boleh tuntut pampasan rm15/hari untuk student Sabah (xpasti, dengar khabar ja). Untuk company swasta pula, selalunya ada elaun kena bagi, depend la dengan company.

Setakat ni saya intern di Borneosys, em no komen la. Ada dua sesi, buat kerja dalam ofis atau luar ofis. Sekarang ni buat luar ofis, buat PC maintenance. Buat kerja luar ofis ni best sebab xda ofis hour (boleh masuk lambat, balik awal hahaha), tidur bila tiada kerja. Kami dapat elaun rm200/bln (ok la boleh tahan daripada xda langsung).

Antara option company swasta untuk LI?:

1. TM (elaun rm600/bln)
2. SESB
3. Borneosys (elaun rm200/bln)
4. Celcom Timur (elaun rm500/bln)

And banyak lagi, boleh contact saya kalau mau minta option lebih ✌