19 December 2019

Samsung Pay: Pros and Cons

Post ni sambungan daripada Samsung Pay: Malaysian Edition


Ok jadi apa kelebihan guna Samsung Pay?



✅ Lebih selamat

Bayangkanlah, org curi kad bank kita, dan kebetulan kad tu ada PayWave. Saya xpayah cerita la kamu pun bole bayangkan the worst case.
PayWave xperlu kata laluan untuk transaksi. Senang2 ja pencuri tu tap dmana2 kedai.
Beruntunglah untuk yang suda off PayWave, sbb memang PayWave ni x secure sgt.

Sebab itulah kita perlu beralih ke Samsung Pay

Sebelum bayar, phone lock mesti kena buka (1st step verification).
Lepas buka phone, buka Samsung Pay, before bayar kena bagi fingerprint lagi, atau PIN depends mau pilih mana (2nd step verification).


Senang pakai

Lepas buka apps Samsung Pay, verify yourself dgn PIN atau fingerprint, then tap ja dekat payment terminal mcm tap PayWave.
Nda perlu pun internet connection yang kuat. Saya pernah guna ni dgn basic internet DiGi, internet yg free tu.
Ez? Yes ez!


Availability

Pernah ka bosku pegi kedai, time bayar tu dia cakap xbole pakai PayWave, pakai debit ja bole.
That means payment terminal dia xcukup selari dgn pembangunan negara kita.
Come on negara kita xlama lagi ada kereta terbang, xkan PayWave xsupport.

Yes. Ada certain kedai masi guna payment terminal old skool.
Kita kena aware payment terminal ni ada 2, NFC terminal dan MST terminal.
(tengok post Samsung Pay: Malaysian Edition sy klau belum tau apa tu payment terminal).

PayWave bole kena guna pada NFC terminal ja. Kalau MST terminal tu, kad kena swipe, maksudnya kena bagi PIN la.
PIN payment biasa, which is still OK tapi why bother kalau kita ada Samsung Pay yang works* on both NFC and MST terminal?

Saya akan cerita sikit pasal NFC and MST terminal dalam Samsung Pay: NFC and MST terminal.

*Ada certain Samsung smartphone yg works on NFC terminal ja, and not MST.

And yes bukan semua Samsung smartphone support Samsung Pay.
Rujuk ni utk tengok apa model phone yang support Samsung Pay:
https://www.samsung.com/my/samsung-pay/supported-devices/

The best thing is, kalau uols pakai Samsung flagship phone, yg konfem2 support payment via NFC and MST terminal, uols berkeyakinan utk guna Samsung Pay ni setiap kali uols nampak payment terminal.

Banyak kali sudah sy pegi kedai, tanpa bertanya cashier tu boleh pakai PayWave ka nda, as long as Debit payment is available, sy dengan yakin bagitau dia sy mau guna Samsung Pay. Banyak suda cashier ternganga tengok sy pakai tu, mind blown sampai ada yg tanya sy pasal teknologi ni.

Cashier pun patut aware la dgn teknologi skg. Sebab contactless payment pun almost everyone pakai. Kadang2 jumpa cashier cakap xbole pakai Samsung Pay dkedai tu, tapi bila sy tap, payment accepted. Lepastu dorang speechless. Hm

Jadi dalam cengkerang kacang, Samsung Pay is simply a Debit payment (itu kalau uols apply debit card la, ada ja option untuk guna Credit or Prepaid card).
Plus, uols boleh register up to 10 cards dalam Samsung Pay.

Ok suda berjela jela kelebihan Samsung Pay ni. Apa pula kekurangan?

Setakat ni sy xjumpa lagi kekurangan Samsung Pay. Dmana kau bole pakai debit/credit/prepaid payment, bolehla kau pakai Samsung Pay. 1 ja tempat kau xbole pakai, kalau payment receiver tu mcm dekat gas pump. Dia punya terminal kan pelik, main cucuk kad, yg mcm jenis dekat ATM machine tu. Itu xbole.
Tapi kalau payment teminal yg mcm dekat cashier kedai tu konfem boleh.
Kalau cashier tu ckp nda bole, kau kasitau dia "try dulu"... Lepastu konfem kau keluar kedai dengan bergaya.

Saya mau cerita lagi pasal amount limitation, maksudnya berapa limit nilai kau boleh bayar dengan Samsung Pay ni.




No comments:

Post a Comment