01 March 2017

Uni Life: Mana lagi best, tinggal dalam atau luar??

Sebulan meninggalkan Encyclopedia of Me, sekarang kembali dengan cerpen baharu..

Kami ni (saya dan beberapa kwn yg lain) baru pindah rumah sewa, apartment yg sama, cuma rumah yg berlainan. Sebab? Rumah baru ada mesin basuh, plus harga sama ja..
Ambil masa 3-4 hari untuk punggah semua barang, rumah ni sebelah2 blok ja, tapi penat dia tu boleh tahan..

So, berbalik dengan topik utama cerpen saya ni, mana lagi best? tinggal dalam universiti, atau luar universiti? Ofkos tinggal luar universiti, sebab???

1. Dapat berdikari
Lain tau berdikari tinggal asrama dengan rumah sewa. Apa benda yg lain? Kalau tinggal luar, semua kena urus sendiri, bayar bil elektrik n air sendiri (depends dgn rumah sewa, ada yang bil2 ni masuk dalam bayaran sewa), urus wifi sendiri, pendek kata, hampir semua urus sendiri, paling penting kita terdedah lebih awal dgn life rumah sendiri

2. Boleh pilih housemate
Bila ckp pasal housemate, ni benda paling serius sbenarnya. Kalau tinggal asrama biasanya bilik kena bagi random, mana boleh pilih2. So disinilah ada yg nda berngam (x sekepala), lain lagi dapat rumet pencuri. hmm..

3. Terhindar dari peraturan asrama
Dalam asrama xbole masak, keluar tgh malam pun xbole (yg ni positif ka negatif? hahaha, boleh jadi dua2), yang paling penting tiada roll call utk pembersihan, gotong royong ka apa..

Banyak lagi kelebihan dan ada juga kekurangan, tapi try la tinggal luar mmg best

Skg kami stay d Angkasa Apartment KK Sabah. Setakat ni, dua2 rumah yg kami stay ada ja masalah. Contoh.. Saluran tersumbat, air slow kadang2.. Jadi not too recommended, tapi boleh ja tinggal no biggie..

Jadi kalau ada peluang tinggal luar, try la. Mmg kos tu tinggi sikit, tapi berbaloi sebab pengalaman yang memey berharga dan tiada gantinya ✌😉

No comments:

Post a Comment