17 January 2017

Ketagih drama Korea?

Cuti semester yang membosankan..

Tiada kerja boleh dibuat di ruma sewa ni. Makan, tidur, movie..
Sementara masih menunggu confirmation untuk praktikal. Sakit kita pok begini.

Sudah nda tau apa mau dibuat ni, download movie banyak2
Tapi sebelum download mesti mau tengok trailer dulu. 10 movie, 10 trailer, tu pun nda semua kena download sebab ada trailer yang nda best.
So time consuming and kadang2 buat frust sebab kecewa 2 minit terbuang dek trailer yang kurang memikat hati..

End up dengan k-drama..
Saya tengok drama korea ni dari form 5 lagi, drama Heartstrings, tu pun
nda habis sebab laptop kawan, jadi susah mau join, masa tu manada laptop lagi.
Masa matrik baru bapa belikan laptop. Masa tu layan Love Rain. Boleh tahanlah..

Jadi saya habiskan masa di rumah sewa ni dengan menonton drama. Download memang banyak2, sekali untuk bekalan bila balik rumah nanti, rumahku teda wifi kesian 😅

Best ka drama korea?
Bestlah. Sangat best.

Sebab?
Lakonan kualiti, most of the time cute, jalan cerita pun terbaek dari ladang epal aussie.
Saya rekomen sepenuhnya untuk anda tengok drama2 korea ni. Lagi2 kalau viral/trending

Tapi masalahnya pula, ramai orang kecam budak yang gila kpop. Saya pun kadang2 kena, tapi saya bukan gila kpop, saya cuma minat dengan kdrama ja hahaha
And kalau iya pun kena kecam, biarlah diorang.
"Kita xbole tutup mulut orang, tapi kita boleh tutup telinga kita"
Sekarang ni saya tengah habiskan drama Doctors. Starting dia memang power, dan sekarang saya tgh dlm ep.5, so far so good, ⭐⭐⭐⭐⭐

Dan ada beberapa lagi tengah otw download, sy dgr best:

  • Goblin
  • K2
  • Legend Of The Blue Sea 

So why not try tengok drama? untuk kepuasan sendiri cukuplah, kalau boring layan drama melayu atau movie eropah, try kdrama, manatau kena dihati hahaha

K, annyeong 👋


No comments:

Post a Comment